wpe5.jpg (2181 bytes)                  salam.gif (13639 bytes)

 

   Presiden PMMS  

Zuber Abu Bakar

Presiden PMMS`99

           Salam  ukhuwah dan mawaddah dari lembah pertemuan dua nil ahlan wa sahlan buat semua pengunjung yang dihormati.

 
            Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah swt kerana mengurniakan fikrah dan ma'unah kepada kami untuk melahirkan web Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan sehingga berjaya. ucapan terima
kasih tak terhingga kepada semua yg terlibat dalam menjaya kan web ini. sesungguhnya segala usaha kalian itu akan diberi ganjaran oleh allah swt. tak lupa juga kepada semua pengunjung kerana memberi sokongan kepada kami untuk terus berjaya.semoga apa yg terhidang  dalam web menjadi hadiah kunjungan anda dari kami.  sekarang kita sedang menyaksikan proses globalisasi dunia yg pesat dalam teknologi IT, sehingga dunia yang dulu begitu luas kini umpama satu perkampungan yg cukup mudah untuk dihubungi dan dikunjungi sesama kita. kehidupan masyarakat dunia pun turut berubah ke arah kehidupan yang mudah dan pantas dalam gerak kerja dek arus globalisi ini.Tambahan pula islam tidak menghalang umatnya mengetahui dan menggunakan kemudahan yg ada, malahan menggalakkannya asalkan kita masih berada dilandasan yang telah digariskan oleh agama.

        Sebenarnya terdapat begitu besar manfaatnya kepada umat islam dalam menyampaikan  risalah dakwah, mesej perjuangan,menjana fikrah,memupuk ukhuwah sesama kita,menyuarakan pendapat dan seumpanya lagi. Apatah kepada persatuan² pelajar islam yg menjadi penyambung warisan perjuangan para anbiya' di atas muka bumi di samping menghulurkan bantuan kepada mereka yg memerlukan kita. Maka menyedari hakikat ini,persatuan telah memberi amanah kepada biro penerangan dan
penerbitan sesi 98-99 untuk mewujudkan web Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan di arena internet. sekalipun menghadapi rintangan dan pelbagai masalah, namun semua itu bukan menjadi penghalang dan alasan kepada kami, yg penting kami tetap berusaha merialisasikan impian ini besama dorongan dan sokongan para ahli Persatuan dan masyarakat malaysia yang berada di sudan agar berseiringan bersama Persatuan² pelajar lain, khasnya Persatuan pelajar malaysia di dalam dan luar malaysia.

        Akhir kalam sebagai penutup bicara ini,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua di atas sokongan yang diberikan dan berharap agar web ini menjadi salah satu wadah perjuangan kami di persada ini.Kami juga sudi menerima sebarang bentuk teguran, cetusan pendapat,sebarang kritikan yg membina, dan tunjuk ajar demi memantapkan web ini dari semasa ke semasa.
 
Sekian.
SELAMAT BERKUNJUNG......................

       tandatangan.gif (5172 bytes)