wpeE.jpg (2508 bytes)

You need a Java enabled browser to view this program

            Home pages ini diwujudkan bertujuan untuk memberi panerangan serta maklumat
mengenai Sudan khususnya pelajar-pelajar malaysia disini. Malah dengan adanya Home pages
ini juga membuktikan bahawa Mahasiswa malaysia disini juga tidak ketinggalan dalam era
perkembangan teknologi maklumat.             
            Umumnya Siswazah Malaysia di Sudan walaupun bukan daripada golongan yang
berkemampuan untuk memiliki teknologi ini , berbanding dengan Siswazah ditempat lain
yang dimudahkan dengan segala bentuk kemudahan pengajaran elektronik, tidak menghalang
kami daripada menggunakanya. Suasana persekitaran tidak mesti tidak untuk kami
mengekploitasikannya , walaupun apa yang kami usahakan sekadar yang termampu tetapi sekurang-kurangnya dapatlah kami dipanggil atau digelar Ustaz dan Ustazah canggih, malah sekurang-kurangnya juga tidak lah sampai orang akan kata nanti  ustaz ini ketinggalan,
mundur, tak tahu perkembangan!!. maka kami yang sudah ketinggalan ini akan ditinggalakan
lagi,keciciran entah kemana ,sedangkan orang lain maju dan terus maju tanpa menoleh
kebelakang lagi.

Latar belakang Home pages:
 
Pada peringkat permulaan pembinaan Home Pages ini kerja˛ pembinaan mengambil masa
yang agak lama untuk disiapkan ini kerana kekurangan alat˛ keperluan dan sebagainya.
Setelah hampir sebulan bekerja keras akhirnya Home Pages ini berjaya disiapkan dan dapat
dikunjungi oleh semua pengguna internet.
           
            Ahli kumpulan yang membangunkan Homepages ini terdiri daripada 5 orang, setiap
ahli kumpulan telah berjaya menunjukkan kesungguhan masing-masing  dan amanah yang
diberikan dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab.
            Selain itu pelbagai perisian telah digunakan untuk menghasilkan persembahan yang
lebih baik bagi mencantikkan lagi Homepages ini antaranya:
 
1-Microsoft Frontpage.
2-Adobe Photoshops.
3-Ulead 3DCool
4-Ulead Gif Animator.
 
            Perisian seperti ACDSee32 juga memainkan peranan yang cukup penting ketika mana
pihak kami menghadapi masalah mencari semula file-file gambar dan sebagainya . Selain
itu juga Perisian yang didatangkan khas bersama Microsoft Windows 95 & 98 Microsoft
Office masih menjadi keperluan ketika membangunkan Homepages ini kerana cara
pengendaliannya yang cukup mudah dan lebih menjimatkan masa berbanding kebanyakan
Perisian lain yang terpaksa dirujuk dahulu panduan yang didatangkan bersama Perisian
tersebut.
 
Pembangun Homepages PMMS:
 
            Sebenar insan-insan yang terlibat dalam pembikinan homepages ini semua dari Biro Penerangan dan
Penerbitan 98/99 adakah anda ingin mengetahuinya???????
            Di sini kami sertakan profile mereka yang terlibat secara langsung sepanjang tempoh pembikinan
homepages ini.
  1. Firdaus Abd. Rahman selaku pereka bentuk homepages ini
  2. Tahun Dua, Kuliah Syariah dan Pengajian Islam.
    International University of Africa.
    Berasal dari Kedah Darul Aman.
    http://get.to/kedah
  3. Shahizam Sharudin selaku pembantu dalam merekabentuk homepages ini.
  4. Mustawa tiga, college of Arabic Languge. International University of Africa, khartoum.
    Berasal dari Selangor Darul Ehsan.
  5. Saiful Kareem Arifin. Unit pengumpulan maklumat homepages.
  6. Matrikulasi Syariah dan Pengajian Islam, International University of Africa.
    Berasal dari Selangor Darul Ehsan.
  7. Zul azri Mohd Sani. Unit pengumpulan maklumat homepages.
  8. Tahun Satu.Kuliah Syariah dan Pengajian Islam, International University of Africa.
    Berasal dari perak.
  9. Saiful Zazilah Sidik. Unit ekonomi homepages.
Tahun Satu Kuliah Syariah dan Pengajian Islam.
International University of Africa.
Berasal dari Pahang.