Make your own free website on Tripod.com

TOKOH

 

Negara Sudan telah menerima dakwah dan seruan islam yang didokong oleh Syeikh Muhammad bin Abdullah Al-mahdi beliau adalah seorang yang pakar dalam bidang Syariat dan hukum hakam agama islam

Beliau telah di lahirkan pada tahun 1841 di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama La Bab. Kawasan tersebut terletak di Donggola bahagian utara Sudan. keluarga beliau berasal daripada kabilah Asyraf yang di pandang mulia oleh masyarakat pada masa itu menurut pendapat sebahagian pengkaji Syariah keluarga beliau mempunyai pertalian nasab atau keturunan dengan keluarga Rasulullah SAW

Syeikh Muhammad telah mendapat pendidikan disebuah khalwah yang dikenali sebagai AL-Katatib beliau telah telah menumpukan sepenuh perhatiannya untuk menghafal al-quran dan mendalami kitab-kitab agama terutamanya yang berkaitan dengan Syariah islam beliau telah berdamping dengan beberapa orang syeikh yang hidup dizaman beliau antaranya syeikh Syarif Nurul Daim.

Setelah melengkapkan dirinya sebagai ulama beliau mula menyebarkan dakwahnya kepada masyarakat. Pada peringkat awal dakwah dilakukan secara sembunyi untuk mengelakkan perhatian daripada pihak Inggeris yang menjajah Sudan pada waktu itu . Gerakan dakwah ini dikenali sebagai tariqat Samaniah dan beliau merupakan salah seorang pengasas awalnya. Apabila umurnya mencapai 40 tahun beliau telah mempergiatkan lagi dakwahnya dengan menyebar luaskannnya dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ini bermula dengan perpindahannya dari Al-Jazirah ke Qadir yang terletak di bukit Annoba wilayah Kordofan kesungguhan beliau itu menjadikan dakwahnya berkembang giat dikalangan masyarakat umum sehingga ada mengibaratkan perpindahan beliau itu dengan hijrah Rasulullah s.w.a dari Mekah ke Madinah. Ini kerana kejayaannya menyatukan sebilangan besar umat Islam di bawah satu payung perjuangan.

sesungguhnya anggapan tersebut ada wajarnya,terutama kesatuan pada masa itu, sangat diperlukan kewujudannya untuk berhadapan dengan arus kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh pihak penjajah.Akhirnya apabila tiba ke saat yang begitu kritis, beliau telah mengeluarkan fatwanya yang masyhur, iaitu JIHAD menentang penjajah Inggerispada tahun 1851.Penjajah Inggeris telah menghimpunkan satu angkatan tentera yang berjumlah 10 000 orang tentera penggempurdi bawah pimpinanHicks,untuk menggempur Sudan . maka terjadilah satu pertempuran hebat diantara penjajah dan barisan mujahidin yang dipimpin oleh Sheikh Mohd di daerah Birkah , kira-kira 30 batu jauhnya dari tenggara Laut Putih.

Sheikh Mohd telah mendapat kemenangan di dalam peperangan tersebut setelah berjaya memporak-porandakan semua barisan pasukan tentera penjajah dan bertitik-tolak dari kemenangan tersebut , satu demi satu kemenangan telah tercapai di dalam semua pertempuran melawan penjajah. Sehinggakan seluruh bumi Sudan tunduk di bawah Daulah Islamiah yang diterajui oleh beliau sendiri . Manakala kuasa besar pada ketika itu , British terpaksa akur dan menerima kekalahan setelah berlaku beberapa siri peperangan antara kedua belah pihak .

Sebagai percubaan terakhir, penjajah Inggeris sekali lagi menyediakan bala tenteranya untuk menakluki Sudan dengan mengutuskan Jeneral Gordan yang telah berjaya mematahkan pemberontakkan di China ke Khartoum ibu negara Sudan untuk menyelamatkan masyarakat Eropah yang masih berada Sudan dan membawa mereka ke negara Mesir

Ketika itu jeneral Gordon telah mengirimkan sepucuk surat kepada Syeikh muhammad dan menyatakan persediaan untuk mengakui beliau sebagai Sultan di kurdofan namun Syeikh Muhammad hanya menuntut supaya jeneral Gordan menyerah kalah sebelum bertempur . bagaimanapun pihak inggeris tidak berpuas hati dengan tuntutan tersebut. Mereka merasa dipermainkan oleh Syeikh Muhammad tidak lama kemudian pada tahun 1884 angkatan tentera penjajah telah mara melalui Sungai Nil dan berjaya melumpuhkan kekuatan mujahidin yang beroperasi diMarkas hadapan Muthah .Manakala telah jatuh ke tangan Inggeris pada 15 Januari 1885 masihi. Bagaimanapun ,pada malam 25 dan 26 Januari 1885 masihi .Syeikh Muhammmad bersama bala tenteranya telah kembali menyerang bandar Omdurman dan menawannya seterusnya mebunuh Jeneral Gordon.Setelah berjaya menawan bandar Omdurman Sudan semula beliau telah memindahkan pusat pemerintahannya ke Khartoum. Dengan itu beliau telah memerdekakan negaranya dari noda dan kejahatan kafir yang menjajah sehinggalah beliau meninggal dunia akibat penyakit cirit-birit pada akhir tahun 1885 masihi .

Bagi mengenangkan jasa beliau sebuah Universiti yang terletak di Kosti bahagian Sudan telah menamakan sempena namanya iaitu Universiti Imam Al-Mahdi dan begitu juga sebuah asrama pelajar di universiti Antarabangsa Afrika yang dikenali Dakhiliah Al-Mahdi.

Begitulah perjuangan Syeikh Muhammad Al-Mahdi yang berjuang demi Agama bangsa dan negara .

 

Rujukan :Islam antara Ulama dan Pemerintah

(Syeikh Abdul Aziz Al-Badri)